ASSALAMU'ALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
GOOD MORNING
GOOD MORNING
ANEOSAYO
V
V
kali ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang
sebuah buku yang aku tengah baca sekarang..huhu
actually baru jew 2 hari lepas aku beli buku ni..
tercapai gak hajat aku nak beli buku yang bergenrekan islami..=)
tapi!!
parents bayarkan laa..hmm..
(u thinking what i'm thinking??)
"BIARLAH RAHSIA"
tajuk buku tu ialah
♥ AMINAH ♥
{BUNGA KAUM QURAISY}
SINOPSIS
Aminah, wirawati dengan
seribu satu pengorbanan yang jarang diketengahkan.
Daripada baris pertama sehingga baris t'akhir buku
Aminah-Bunga Kaum Quraisy, kita dihidangkan secara terperinci babak2
Aminah-Bunga Kaum Quraisy, kita dihidangkan secara terperinci babak2
hidup Aminah, bonda junjungan hebat, Nabi Muhammad. Hidup beliau singkat
namun sentiasa diuji dengan pelbagai peristiwa.
Puji-pujian pada keelokan fizikal & pekerti
Aminah diolah sehingga membuatkan kita sedar pada kehebatan ibu
nabi terakhir ini. Bertapa beliau adalah permata terlindung yang mampu
dilihat oleh beberapa mata yang terpilih sahaja.
Episod cemas yang berlaku apabila Abdul Mutalib
perlu memilih salah seorang daripada anaknya sebagai korban
juga diceritakan satu per satu secara terperinci. Buku ini membawa
pembaca meneliti kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah,
tatkala mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan
sebelum mereka sempat diijab kabul.
Kisah di sebalik perkahwinan antara
Aminah & Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin
Aminah & Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin
turut diperincikan dalam tulisan ini. Apalagi susunan ceritanya yang
teratur & melewati saat cemas. Lebih dasyat lagi apabila
Abdullah meninggalkan rumah, sedangkan mereka masih lagi dalam
fasa berbulan madu.
Abdullah menemui Tuhan tatkala Aminah sedang mengandungkan
anak sulung mereka, yang akhirnya menjadi pemimpin
terunggul umat Islam. Lalu, bermula episod kehidupan Aminah sebagai
ibu tunggal.
Hayati & fahami setiap baris ayat di dalam buku ini supaya
wanita mampu menempuh dugaan hidup di dunia masa kini tanpa ada
keluhan panjang...
p/s : hamba bersyukur pada-Mu ya Allah kerana telah membuka hatiku untuk membeli buku ini. Sekaligus telah memberi peluang untuk aku mendalami perjalanan hidup ayahnda & bonda
Nabi Muhammad S.A.W.. ALHAMDULILLAH ♥



Tiada ulasan:
Catat Ulasan